SUCCESS IS A JOURNEY...... TO BE A WINNER, ALL YOU NEED TO GIVE , IS ALL YOU HAVE....
BE PART OF OUR SMART SUCCESS TEAM AND DARE TO SUCCEED ....CALL ME
RASHIDAH YUSOFF (SYIDA) 019 521 6099 / 019 450 7111 / 019 570 3447
E-MAIL : rashidahyusoff@hotmail.com
Assalamualikum semua. Sudah seminggu lebih kita di dalam bulan Syawal yang mulia ini. Nampaknya semua yang makan gaji macam aku nie terpaksalah kembali dengan routine kerja harian ........hem....
This raya I have again been blessed to celebrate it with both my parents and the rest of my family. Alhamdullillah syukur. Aku pulang ke Kajang lebih awal tahun nie sebabnya persediaan baju anak anak raya nie aku tak punya masa untuk menyiapkannya di sini jadi we put up two nights in KL untuk pergi shopping. Ingat KL dah lengang rupa rupanya ramai juga yang shopping last minute macam aku.
Macam tahun tahun yang sudah, oleh kerana aku yang merantau akulah yang jadi 'chef' di rumah orang tua ku. Tapi kali nie aku terasa hiba sikit .....melihat kedua orang tua yang sudah nampak uzur pada zahirnya.....would it be my last raya preparation for them???? Dan raya tahun nie juga begitu ramai sanak saudara yang jauh dan dekat datang kerumah.....i think its all because my dad being the eldest now......Sepupu aku yang baru kehilangan kedua ibu bapa mereka (masa aku di Sarawak) kesemuanya beraya di rumah parents aku. Hiba pulak aku. Mereka adik beradik ramai yang merantau jadi kali nie balik kekampung first raya parents tak ada, malam raya ayah dan abang aku pergi menjenguk satu preparation pun tak buat. Jadi ayah aku pun jemput mereka semuanya selepas sembahyang datang ke rumah. So pagi raya tu memang sayu sungguh. Emak dan ayah akulah jadi pengganti ........banyak juga lah air mata yang mengalir.....it makes you realize that one should always appreciate their parents when they are alive....
Anyway like to wish everyone a Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin to all the Smart Success Team ...........expecially to all the ex-engineers tu. Nak lari pergi site kejap. Insyallah esok sambung balik.
Sorry guys......schedule aku terlalu ketat kebelakangan ini. Aku akui bulan lepas tak dan nak buat apa.....nak maintain pun terkejar kejar last minute .....tapi apa kan daya...tanggung jawab aku di syarikat tak pulak boleh aku abaikan maklumlah selagi kita makan gaji .....kita mestilah buat kerja tu bersungguh sungguh kalau tak duit yang aku bawa balik tiap tiap bulan tu tak berkat.
Paper work aku banyak betul bulan nie........maklumlah bulan puasa nie tiba tiba je mata kelabu figure aku key in pun entah apa apa.....jadi aku ambil break sekejap .....buat posting baru....ramai dah dok tanya kehilangan aku nie.....aku pun dah lama tak buka journal aku dan rakan rakan niaga yang lain. Aku mengaku fokus aku semakin pudar dengan smart naco nie....bukan kerana apa ...kerana kerjaya aku sekarang memang memerlukan perhatian aku.....ramai yang mengharap sangat.....jadi aku rasa sebelum aku membuat keputusan untuk bersara awal.....i need to do this first....i need to make this project a success..... Insyaallah perjuangan aku bersama SST akan ku teruskan juga......
Aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua warga SST dan ahli ahli Smart Naco yang beragama Islam ......jangan lupa segelas susu Igg Plus sebelum bersahur dan selepas makan sahur ambil pula tiga biji SPIRULINA untuk stay active di bulan Ramadan yang mulia ini..........teruskan perjuangan anda dengan tulus dan iklas semuga kita berjumpa di puncak kejayaan.
Wassalam.
Gambar buat kenangan dan koleksi untuk tatapan bersama......malam merdeka penuh sejarah.....
Begitu asyik partner aku nie cuba menampalkan poster ...
PD Ashree..orang yang terkenal dengan kesibukannya....masih dapat meluangkan masa berharganya untuk membantu kami di SP.....thank you very very much.
Bakal usahawanjati SST....
Lembu vs manusia yang minum susu lembu......siapa lebih kuat?
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua .....
Di ambang menyambut malam merdeka, hujan turun dengan tidak henti nya seharian di Pulau Pinang dan Sg Petani......membuat kami merasa risau tentang sambutan malam itu maklumlah our FIRST TIME organising the BUSINESS OPPORTUNITY AWARENESS di Sg Petani.
Macam macam preparation yang kami buat to make sure programme to berjalan lancar....apa lagi dengan confirmation yang kami terima dari prospek yang memang nyata berminat untuk menyertai programme ini malam itu. Confirmation dua kali buat....dengan penuh harapan kami jangkakan turn out at least 80%. Tapi hujan yang turun tu nyata telah memberi kami satu lagi dugaan..... sambutan yang dijangka hebat .....tapi kehadiran yang dijanjikan tidak kesampaian. Ada yang memberi sms memberitahu kami banyak jalan jam kerana hujan lebat dan mereka terpaksa membatalkan hasrat mereka untuk bersama kami.
Walaubagaimanapun semangat kami tidak luntur sama sekali....kerana support yang kami terima dari leader leader dan pada mereka yang hadir malam itu memang HEBAT. Malam itu MCnya PD Azri telah berjaya mengendalikan program ini dari awal hingga akhir. Maklumlah malam itu pula dia memang sudah MERDEKA...hari yang sama dia menghantar borang CP22A kemajikannya tanda hari terakhir dia bekerja. SYABAS DAN TAHNIAH PD AZRI atas kebebasan mu itu. SPD ZUL kita tak payah cakaplah ...presentation nya memang selalu membangkitkan semangat dan menolong membukakan MINDA KAMI malam itu. PD ASHREE pula ....hebat dengan memperkenalkan syarikat dan produk SMART NACO.....SIFU SPD K.AZA EXECELLENTdengan penerangan marketing plan dan testimonial kejayaan dan ....A SUPERB FINISHING dari SPD CHE DIN. Nyata ilmu peluang perniagaan SMART NACO dan testimonial leader leader telah berjaya memberikan impact kepada prospek prospek yang hadir. VERY POSITIF FEEDBACK. Our thanks to you guys juga kepada PD Yusa for being there to assist and give moral support to us. And my special thanks to aku punya PARTNER ANLASIM for a job well-done ..couldnt do it without you girl...WHAT A NIGHT!
Selepas programme tu kami berdua dok buat post-moturm ...mencari kesilapan yang patut kami perbaiki untuk program masa akan datang. Ada dalam perancangan kami untuk membuat dua lagi BOA sebelum menjelangnya Ramadhan. Insyaallah satu lagi di SG Petani dan di Sibu, Sarawak.
Insyaallah ....this week-end dah ada temu-janji dengan prospek2 yang belum sign malam tu. A very good beginning indeed for September.
So yang mana belum membuat apa apa tindakan tentang mengejar impian masing masing.....sudah tiba masanya anda membuka minda...If you dont take any action now, nothing will change.........
Satu IMPIAN lebih baik dari seribu mimpi
Satu KESEDARAN lebih baik dari seribu impian
SATU TINDAKAN lebih baik dari seribu kesedaran.
Oklah aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA kepada semua warga kerja SMART SUCCESS TEAM dan semua rakyat Malaysia amnya.

Pagi ini on the way to work, tiba tiba satu SMS dari prospek masuk menunjukkan minat beliau kepada tawaran hebat kami yang diiklankan di Harian Metro mulai hari ini.....lepas itu phone partner aku pula berbunyi...lagi satu prospek menunjuk kan minat.....Tiba kat office empat lagi prospek masuk....Oh hebat betul penangan iklan nie rupanya....pagi pagi Jumaat nie rezeki dah masuk....alhamdullillah..
Minggu ini dugaan macam macam....baik kat pejabat (macam biasalah) atau pun dalam urusan business SMART NACO nie. Yang menjadi satu topik hangat yang diperkatakan di pejabat aku ialah semasa aku dan partner aku keluar makan lunch hari Rabu baru baru ini. Aku nak pergi settlekan bil internet wireless aku kat Celcom maklumlah malam tu ada on-line conference kononnya taknak ada gangguan....takut takut tengah online kan tiba tiba overlimit ... Bukan main semangat aku...maklumlah sebelum ini aku belum pernah masuk conference lagi. Malam tu pulak partner aku nak share pengalaman beliau dalam internet business nie jadi siap dah beli speaker, account pun dah update, semangat pun berkobar kobar.......keluar saja kat Cecom kereta aku kena CLAMP oleh MPSJ. Aduh!!!


Heran jugak aku, kenapa pulak depa CLAMP padahal coupon parking dok terpapang kat dashboard kereta aku. Rupa rupanya tempat aku park tu tak ada petak parking........macam mana boleh tak perasan...tapi kami jadi attraction jugaklah.....macam biasa ramailah yang kepo....aku dan an pun buat bodoh je le. Mujurlah seorang hamba allah dalam kereta sebelah tu kata...orang MPSJ tu ada round kat block belakang tadi...kejap lagi depa datanglah bayar kat mereka saman dia orang akan buka clamp tu. Sebaik saja dia habis cakap van MPSJ pun sampai siap depa pasangkan siren...Aduh malu betul.... Dengan muka tebal aku pun bayar saman ....terbang RM50.00 ....ucapkan terima kasih kami pun cepat cepat beredar dari si tu. Dalam kereta apa lagi kami pun ketawale terbahak bahak.....
Malam tu pulak aku di duga lagi ..........punya excited nak join on-line conference .....tapi tak dapat line....protocol error la pulak......check dengan partner aku dia pun sama jugak........miss lagi aku ...saber je le nak buat macam mana? Inilah dia dugaan aku dalam menceburi perniagaan ini.....bahana SMART NACO....Sedih???
Nie aku nak share sikit bab sedih yang baru saja aku dengar dari CD Dr Badrul Amin. Rasa sedih dan dukacita itu fitrah manusia. Namun yang salah ialah apabila kita sedih dengan benda yang tidak perlu kita sedihkan. Sedih kerana tak dapat sesuatu, sedih kerana kehilangan sesuatu, sedih kerana tak dapat mengejar dunia, sedih kerana tak dapat berhibur, sedih kerana orang yang kita sayang telah hilang. Perkara perkara begini tak perlu kita sedihkan.
Sepatutnya sedih apabila kita kehilangan IMAN, kita kehilangan PETUNJUK atau HIDAYAH ALLAH s.w.t. Ketahuilah bahawa setiap apa yang kita lalui dalam bentul musibah, adalah ujian. Ujian itu untuk mengangkat martabat kita.
Kita juga akan diuji ALLAH s.w.t. Kita diuji dengan kehilangan harta, kita di uji dengan kehilangan orang yang kita sayangi, kita diuji dengan kesakitan, dengan musibah, bencana dan macam macam lagi....yakinlah ALLAH ingin melihat kualiti kita yang sebenarnya. Pastikan kita LULUS ujian ALLAH. Tidak mengeluh dan jangan menyalahkan takdir ...hampirkan diri kita kepadanya ALLAH yang esa.
Jadi bersedihlah kita, jika kita tidak dapat mempertahankan iman ini. Bersedihlah kita sekiranya kita tidak dapat mempertahankan hidayah dan petunjuk dari ALLAH s.w.t.
Wallahualam.
Jadi bagi aku ujian ujian yang aku lalui dalam business ini baru SECIPUT je...tapi ujian ini lah yang akan bersemadi di hati aku untuk tidak mendongak ke langit.........untuk selalu bersyukur ....dan bak kata partner aku berpijak lah di bumi yang nyata!!!!
Wassalam.
Something I read caught my attention this morning....Are you making these mistakes in your business...???? Apparently there are 17 fundamental and almost deadly mistakes most business owners suffer....so be warn..if you are going through the following mistakes...seek help
1. You re too busy doing the ' work' of your business to ever be running your business.....
2. You have no idea if your marketing and advertising works......
3. You don't know your profit break-even point for every day or week in your business....
4. Your downline create as many problems as they fix.......
5. You can't show how many leads you get a week, what your conversion to sales is, how often a customer buys from you, what your average RM$ sale is or even your gross and net margin.....
6. Your business is run by people and not systems and so if your downline decided to call it quits it causes massive problems.....people dependency is a business killer......
7. You can never find great people.... in business you get the people you deserve, and bad people equals bad profits...learn how to recruit great people every time....
8. If you don't work the business dies, or put even simpler, you are your business......
9. You've got to compete on price and your margins are getting driven down lower and lower almost killing all of your profits.....
10. You are having trouble working out either a) if you re making a profit or b) how that profit is made and what each line of your profit and loss or balance sheet really means.....
11. Business is run just day to day with no real plan for the future, keeping you STRESSED and always putting out fires......
12. You know you need to lead from the front but having trouble getting your work done and leading your people at the same time.....let alone getting them motivated to work as hard as you do....
13. Your downlines leave a little to be desired when it comes to great customer service and you know that if they were only as good with customers as you are ,things would improve out of sight.....
14. Your downlines need training, they're all doing it differently and often you just wish they could all just make their own budget (projection) each month.....
15. Your downlines don't communicate and you get a lof of fires started because people misread what another has told them.......
16. You have lost your Vision and Passion for where you're going and neet to get it back so your team can follow ....
17. You try to do everything yourself and keep thinking there must be a better way, but not acting on it.....
WELL, NOW ITS TIME TO ACT, GET IN TOUCH WITH YOUR SST LEADERS TODAY......SEE WHAT YOU CAN ACHIEVE WHEN WE WORK TOGETHER AND FOCUS ON YOUR SUCCESS.....
Assalamualaikum semua wargakerja SST. Lama juga aku menyepi.....bukan nya apa sejak kebelakangan ini urusan pejabat banyak menganggu aku baik dari segi emosi juga dari segi mental.....Ikutkan hati.......nak je aku hantar notis....TENSION betul. Susah bagi aku nak fokus tentang business aku nie....dalam kepala nie macam macam yang nak difikirkan untuk orang lain....
Semalam aku ajak suami dan anak anak makan kat luar....singgah sat kat POPULAR nak cari buku untuk anak aku yang nak menduduki SPM tahun ini ....sambil sambil pergi mententeramkan jiwa kat MOTIVASI corner.....banyak juga buku buku yang dicadangkan dalam manual SST belum lagi aku perolehi....so semalam aku pun tambahkan koleksi dengan membeli buku aku yang ke 9 & 10 "Berubah untuk Kaya" dan "Rahsia Business Orang Cina". Sebelum tidur sempat jugalah membaca dua capter..........Tak sangka juga aku.....sejak join SST nie dah 8 buku aku baca dalam masa 8 bulan....kalau dulu aku suka baca Novel2 ...tiga empat hari boleh habis duit aku memang banyak habis je kat situ....one of the reason sebab dulu aku selalu naik flight. sementara menunggu flight aku akan singgah book store kat airport mesti beli satu novel.
Buku motivasi pun beli jugak dulu tapi selalunya mesti berkaitan dengan kerja aku lah...banyaknya tentang management. Aku kalau nak relaks nak recuperating dari stress....novel lah ubat aku....anyway itu dulu punya cerita....La nie aku dah berubah ke buku buku yang actually boleh menukar minda aku .....have to start thinking outside the box.....lebih memberanikan diri aku untuk bertindak dan keluar dari my own 'comfort zone'.
Kalau dulu asyik nak travel in style.....la nie naik bas pun jadik....Kalau dulu outstation nginap di hotel.....la nie dapat bilik nak tidur pun jadik....kalau dulu ada orang dok tolong angkat beg .....la nie kena esong beg sendiri (3 biji pulak tu)..all these for SMART NACO....tapi itulah rupa rupanya keindahan hidup.......semua pengalaman yang aku lalui sekarang lebih bermakna buat diri aku berbanding dengan dulu.....for me THIS IS LIFE! Ganjaran yang diterima nanti selepas melalui liku liku pahit maung nie mesti lebih bermaknakan. Sometimes in life we need more ADVENTURE to be more meaningful and greatful.
Oklah lots of catching up to do....pagi nie tadi sebelum start kerja aku baca surah surah yang berkaitan dengan rezeki ALLAH TAALA ...
Ayat Seribu Dinar yang bermaksud :
"Dan siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya dia menjadikan jalan keluar baginya
dan dia mendatangkan rezeki kepadanya dari jalan yang tidak disangka sangka
dan sesiapa yang bertawakal kepada ALLAH maka ia berada dalam jaminannya
Sesungguhnya ALLAH menjadikan bagi tiap tiap sesuatu itu ada ukurannya"
Firman ALLAH s.w.t. dalam Surah AL-Syura Ayat 27 yang bermaksud
"Dan kalaulah ALLAH memewahkan rezeki bagi setiap hambanya,
nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan perbuatan liar durjana akan tetapi ALLAH menurunkan rezekinya itu).
menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakinya.
Sesungguhnya Ia mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hambanya,
lagi melihat dengan nyata".
Ternyata rezeki itu ada di mana mana. Ulat yang dalam batu pun boleh keluar mencari makanan, inikan pula manusia yang mendiami dunia yang dipenuhi dengan tumbuhan, makanan, udara dan air. Sekiranya rezeki yang kita perolehi sekarang tidak menepati yang dijangkakan atau usahakan, janganlah pulak kita mengeluh dan menyerah.... kerana ALLAH lebih mengetahui mungkin seketika dan waktu ini belum bersesuaian untuk kita menikmatinya.....tapi insyaallah bila tiba waktu nya rezeki itu akan lebih bermakna untuk diri kita.......tekunkan usaha dan bertawakallah.
Wassalam.
Alahai....bulan Ogos dah? Mana perginya bulan Julai nie? Aduh selepas saja sessi bercoaching sama upline aku dengan SPD Zul tempoh hari.....banyak juga perkara perkara yang perlu aku perbaiki...apa tak nye power line dah tak power......Jadi dua hari ini aku dok review prestasi, correct what needs to be corrected dan baca blog blog rakan rakan yang boleh menolong aku membuat perubahan yang lebih positif dalam business nie.
Perubahan perlu datang dari dalam diri aku sendiri dan bukannya dibuat oleh orang lain....Aku mungkin mengharapkan sokongan dan bantuan daripada leader leader tapi asasnya adalah dalam diri aku sendiri. Aku bersyukur kerana mempunyai leader leader yang komited ,leader leader yang telah menjalankan pelbagai usaha termasuk mewujudkan satu sistem duplikasi yang senang diikuti tetapi mengapa hasil usaha mereka masih belum dapat aku banggakan. Nak menjadi seorang yang berjaya aku perlu melalui tahap tahap dan ranjau ranjau yang akan memberikan pengalaman yang berharga. Cara pembelajaran melalui pengalaman sendiri dan melalui pengalaman orang lain juga amat penting untuk dijadikan panduan. Pengalaman yang pahit dijadikan sempadan , yang baik dijadikan teladan. Betul tak?
Jadi apa harus aku buat? GIVE-UP? Oh NEVER......TIDAK pernah terlintas langsung dalam hati ini sebab aku tak faham dan tidak kenal dengan perkataan itu. Malah aku harus banyak bersabar dan kuatkan semangat dan meneruskan usaha gigih aku untuk mendapatkan hasil yang diingini. Jangan gopoh dan tamak serta mengabaikan tanggunjawab terhadap diri, agama, keluarga dan masyarakat dalam mengejar impian aku nie. Sabar adalah separuh daripada iman dan Allah menguji kesabaran aku.... teruskan usaha gigihmu Shidah, kejayaan pasti dimiliki.
Janganlah di biarkan masa berlalu begitu sahaja. Tahun tetap berlalu, dan usia aku pun semakin bertambah.......22hari lagi genaplah angka double four. Gunakan masa sebaik mungkin kerana tiada apa milik mu melainkan MASA. Jangan biarkan milik yang satu itu di ambil oleh orang lain. Kata kata PD Wahab itu masih bermain di kepala aku. Jadi kejayaan aku hari ini bermula daripada perubahan yang aku buat semalam. Kejayaan pada esok hari akan berlaku jika aku membuat perubahan dan berusaha pada hari ini....
Believe in yourself and demonstrate your worth as an individual...in turn increases your self confidence, personal satisfaction and sense of security.
Janji aku buat bulan Ogos!
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Pengasihani. Hari ini insyaallah masuk dah 3 hari aku berpuasa dalam menyambut bulan Rejab yang mulia ini. Jadi as usual hari Jumaat aku nak berkongsi satu tatapan Ilmiah buat mengisi jiwa dan rohani aku dan juga untuk renungan kita semuanya. Petikan dari "Cerita & Doa dari Hadis dan Al-Quran"
Nikmat yang ALLAH s.w.t. berikan kepada manusia memang tidak terhitung. Lazimnya kita bersyukur dengan nikmat kebahagian, kemewahan, darjat dan kebesaran yang diperolehi. Kerana segala yang kita perolehi itu datangnya daripada ALLAH s.w.t.
Secara kasar NIKMAT ALLAH s.w.t. dikategorikan dalam lima kumpulan.
1. Kebahagian di akhir iaitu kebahagian yang kekal abadi. Antara kebahagiannya ialah kegembiraan yang tiada kesedihan, kepandaian yang tidak ada kebodohan, dan kekayaan yang tidak bercampur kefakiran. Tetapi kita dapat mencapainya kecuali dengan pertolongan ALLAH s.w.t. Kebahagiaan yang pertama ini tidak sempurna kecuali ada nikmat yang kedua
2. Akal yang disempurnakan dengan ilmu, pemeliharaan diri yang disempurnakan dengan menjauhi haram, subahat dan maksiat. Nikmat lain yang termasuk dalam kumpulan ini ialah keberanian yang disempurnakan dengan rasa kesedaran. Nikmat nikmat ini pada hakikatnya adalah pokok pokok agama. Keutamaan nikmat kedua ini dapat disempurnakan dengan adanya nikmat ketiga ...
3. Keutamaan badaniah yang meliputi kesihatan badan, kekuatan badan dan panjang umur. Nikmat ketiga ini dapat disempurnakan dengan adanya nikmat keempat ....
4. Harta, keluarga, kemuliaan dan keluarga mulia. Tetapi tidak sempurna mengambil manfaat dengan nikmat nikmat itu kecuali dengan adanya nikmat kelima....
5. Hidayah ALLAH, Pimpinan ALLAH, Pembetulan ALLAH dan Kekuatan daripada ALLAH.
Jadi...adakah kita sudah bersyukur dengan nikmat yang ALLAH taala berikan kepada kita?
Bersyukurlah dengan apa yang diperolehi selama ini....., badan yang sihat, keluarga yang bahagia, keperluan rumah, makanan dan pakaian yang mencukupi serta lain lain keistimewaan dan rezeki yang kita miliki....sekarang. SYUKUR ALHAMDULLILLAH.
Firma ALLAH s.w.t. dalam Surah Al-Nahl, Ayat 53 yang bermaksud :
"Dan apa apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari ALLAH. Kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada nya lah kamu meraung meminta pertolongan"
Wassalam.
Alhamdullillah.....kami akhirnya selamat pulang kepelukan suami dan anak anak masing masing tepat jam 9.00 malam tadi. Keseronakan dan keceriaan keluarga yang menanti kepulangan kami semalam memang terpancar di muka masing masing.....eratan pelukan bagai tak mahu dilepaskan.....terasa pulak diri ini sungguh dihargai ...sungguh bertuah aku.
Pengalaman aku dan An ke bumi kenyalang dalam mempromosi produk produk SMART NACO ini memang satu pengalaman yang sungguh menakjubkan dan meninggalkan banyak kenangan kenangan lucu dan manis. MEMANG BEST GILER!! Tak payahlah aku nak bercerita panjang lebar tentang trip kami ini sebabnya member aku ANLASIM dah lebih advance mengupdatekan blognya....di sana lagi. Jadi nak tahu cerita kisah dua ibu yang lasak ini layarilah blog ANLASIM.
Aku hanya nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga TUAN HAJI AHlMAD (nenek) terutamanya Kak Milah, Kak Rabiah (Yot), Jasminah dan adik Ani yang telah sudi menerima kami sebagai tetamu mereka dan atas layanan yang TIP-TOP dan first class itu. Bagi aku yang baru first time mengenali mereka ini...bagaikan ada kuasa MAGNET.aku sungguh tertarik betul dengan budi bahasa dan cara mereka bertutur.....they are SO SOFT SPOKEN....sungguh lembut ...i do feel at ease and it was just like home to both of us.
Ada satu incident yang member aku tak ceritakat blog dia.....guess what....kami berada di udara Radio Teleivsion Brunei....siap didengari juga di Nasional FM, Malaysia. Ini semua gara gara Puan Jasminah yang kebetulan bekerja di stesen RTB. Memang satu kejutan buat kami berdua sebabnya tak pernah di buat buat sebelum ini. First time LIVE ON AIR lagi....!!!! Satu je kesilapan besar kami ...there was a CHANCE for us to promote SST tapi kami tak ambil peluang itu...hanya sibuk menceritakan keindahan Brunei dari kacamata pelancong macam kami. SILAP BESAR !!!!!!
Anyway kerja aku banyak kat office nie dan ramai pulak staf aku yang keluar masuk jumpa aku hari ini. Nak tulis macam macam tapi banyak interuption naik lupa pulak aku. Oklah aku nak share sikit gambar gambarkamidisana
inilah dia "KELDAI MENGANGGUK" diantara ratusan yang kami lihat.....di Seria, Brunei.
inilah pengalaman kami 'first time' makan makanan yang tak perlu dikunyah specialty Brunei "ampuyat" ....delicious...mmuah!!!
Advise aku pada yang berdarah muda di luar sana......start this business YOUNG....jangan tunggu tengok orang lain berjaya....dan jangan asyik seronok bercerita tentang kejayaan orang lain....take your move..do it now..ikut jejak kami....kejayaan kami tanggungjawab kami.